TETUAN R. ZULFARHAN

Peguambela & Peguamcara

rajazulfarhan@gmail.com

011-10807349

Pertuduhan Rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Pembelaan Jenayah bagi Individu yang Disiasat atau Dituduh atas Kesalahan Rogol

Suatu pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan merupakan antara pertuduhan jenayah yang serius dalam sistem perundangan Malaysia. Seseorang yang disiasat atau dituduh berdepan dengan hukuman penjara yang lama dan sebatan di samping menanggung kesan yang mendalam terhadap kebebasan diri, kerjaya, kehidupan keluarga dan reputasi.

Sekiranya anda telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan, ditahan bagi tujuan siasatan, atau telah pun dituduh di Mahkamah, adalah penting untuk anda memahami kedudukan anda disisi undang-undang sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada pembelaan anda.


Pertuduhan Rogol Bukanlah Kes Yang Mudah

Ramai beranggapan bahawa kes rogol hanya melibatkan dakwaan seorang wanita diperkosa dengan zalim oleh orang yang tidak dikenali dengan kekerasan di lorong-lorong gelap.

Namun dari sudut undang-undang, sesuatu pertuduhan rogol adalah bertunjangkan kepada elemen-elemen kemasukan zakar ke dalam kemaluan tanpa kerelaan.

Bagi kanak-kanak di bawah usia 16 tahun, rela atau tidak, ianya tetap rogol.

Mahkamah akan menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan, termasuk sama ada elemen-elemen pertuduhan telah dibuktikan melangkaui keraguan munasabah.

Oleh sebab itu, setiap kes perlu dinilai berdasarkan fakta dan bukti yang tersendiri.

Tiada dua kes yang benar-benar sama dalam dunia ini.


Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Tertuduh

Berdasarkan pengalaman kami, ramai individu yang pertama kali berhadapan dengan siasatan jenayah percaya bahawa mereka hanya perlu “menceritakan perkara yang sebenar” dan segala-galanya akan selesai.

Realiti tidak semudah itu.

Proses siasatan jenayah melibatkan pelbagai aspek undang-undang dan pembuktian yang tidak semestinya diketahui oleh orang awam.

Apa yang dikatakan oleh seseorang semasa siasatan, dan bagaimana sesuatu kenyataan dirakam akan memandu siasatan polis sehingga mendedahkan bahan bukti yang boleh dikumpulkan dan digunakan untuk penilaian Mahkamah di peringkat perbicaraan.

Atas sebab itu, setiap keputusan yang dibuat pada peringkat awal siasatan hendaklah dilakukan dengan penuh pertimbangan.


Perkara Yang Akan Dihadapi Oleh Tertuduh

Dalam setiap pertuduhan jenayah, beban untuk membuktikan kesalahan adalah terletak pada pihak Pendakwaan.

Mahkamah tidak mensabitkan seseorang hanya kerana suatu laporan polis telah dibuat atau kerana seseorang telah dituduh.

Pendakwa hendaklah mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk membuktikan setiap elemen pertuduhan sehingga melangkaui keraguan munasabah.

Dalam sesuatu kes rogol, isu-isu yang sering menjadi pertikaian termasuklah:

  • identiti pelaku;
  • isu penetrasi;
  • isu kerelaan;
  • kebolehpercayaan saksi;
  • keterangan medikal dan forensik; serta
  • naratif yang konsisten berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan.

Setiap isu tersebut hendaklah dinilai berdasarkan fakta sesuatu kes.


Bukti-bukti Yang Mensabitkan Tertuduh

Keterangan yang dikemukakan untuk mensabitkan seseorang tertuduh itu lazimnya melibatkan pelbagai badan agensi dan pelbagai jenis keterangan.

Antaranya ialah:

  • rakaman percakapan saksi;
  • laporan perubatan;
  • analisis DNA;
  • laporan Jabatan Kimia;
  • rakaman CCTV atau video;
  • komunikasi elektronik seperti WhatsApp atau pesanan ringkas;
  • gambar tempat kejadian;
  • dokumen atau barang kes yang berkaitan; dan
  • keterangan saksi-saksi lain.

Dalam erti kata lain, pihak polis, doktor, mangsa, pegawai kimia dan penjaga kaunter hotel masing-masing akan memberikan keterangan dan bukti yang menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan perbuatan rogol.

Namun persoalannya; adakah bukti-bukti ini cukup memuaskan untuk mensabitkan tertuduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan?


Pertuduhan Bukanlah Sabitan

Hakikat bahawa seseorang telah dituduh bukanlah bererti beliau telah melakukan kesalahan rogol.

Mahkamah hanya boleh mensabitkan seseorang apabila pihak Pendakwa berjaya membuktikan pertuduhan mengikut standard pembuktian melangkaui keraguan munasabah.

Setiap saksi boleh disoal balas.

Setiap dokumen boleh diperiksa.

Setiap laporan pakar boleh dianalisis.

Setiap percanggahan dalam keterangan boleh diberi perhatian oleh Mahkamah.

Oleh sebab itu, setiap kes hendaklah dinilai berdasarkan bukti.


Kajian Kes: Mencabar Bukti-Bukti

Setiap kes mempunyai faktanya yang tersendiri. Keputusan sesuatu kes bergantung kepada bukti yang dikemukakan.

Dalam satu kes yang kami kendalikan melibatkan pertuduhan rogol terhadap seorang kanak-kanak bawah umur, isu utama bukanlah sekadar dakwaan yang dibuat terhadap anak guam kami tetapi bukti yang dikemukakan.

Hal ini kerana, perbicaraan tertumpu kepada sama ada keseluruhan keterangan benar-benar menyokong dakwaan tersebut.

Dalam soal balas, keterangan mangsa didapati tidak konsisten dan berubah-ubah.

Laporan perubatan dan bukti-bukti lain tidak menyokong keseluruhan naratif yang diberikan.

Penemuan DNA pula tidak bersifat konklusif.

Mahkamah turut meneliti fakta relevan yang memberikan konteks kepada dakwaan tersebut iaitu ibu mangsa, selaku pengadu, mempunyai motif untuk menutup aib keluarga anaknya.

Keseluruhannya, tiada suatu sabitan yang selamat yang boleh disandarkan oleh Mahkamah sekaligus melepaskan dan membebaskan anakguam kami dari pertuduhan.


Apa Yang Berlaku Selepas Ini?

Sekiranya anda sedang disiasat atau telah dituduh di bawah Seksyen 376, langkah pertama ialah memahami kedudukan undang-undang anda.

Semasa konsultasi, kami akan:

  • mendengar kronologi kejadian/versi anda;
  • mengenal pasti isu-isu undang-undang yang berbangkit;
  • menerangkan prosedur yang bakal dihadapi;
  • membincangkan kekuatan dan kelemahan berdasarkan maklumat yang tersedia; dan
  • memberikan nasihat undang-undang yang bersesuaian dengan keadaan kes anda.

Setiap perbincangan dikendalikan secara profesional dan dilindungi oleh undang-undang.


Hubungi Kami

Dapatkan nasihat berhubung pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di talian 011-10807349 (klik sini).

Bagi memudahkan kami memahami situasi anda, nyatakan secara ringkas:

  • nama anda;
  • ringkasan kejadian;
  • tarikh kejadian;
  • status semasa siasatan atau pertuduhan; dan
  • tarikh sebutan atau perbicaraan sekiranya telah ditetapkan.

Setelah meneliti maklumat awal tersebut, kami akan menjadualkan satu sesi konsultasi mengikut kesesuaian.