TETUAN R. ZULFARHAN

Peguambela & Peguamcara

rajazulfarhan@gmail.com

011-10807349

Melindungi Hak & Kepentingan Anda

Apabila hak dan kepentingan anda tergugat, langkah awal dapat melindungi anda. Sekiranya hak dan kepentingan anda telah diceroboh, anda berhak untuk memulihkannya.

Tetuan R. Zulfarhan

Kami merupakan sebuah firma guaman yang menawarkan khidmat perwakilan bagi kes-kes sivil, jenayah dan industri.

Firma ini telah diasaskan pada tahun 2021.

Kami telah membantu lebih daripada 80+ individu-individu dan syarikat daripada pelbagai latar belakang masyarakat dan antarabangsa dalam prosiding-prosiding Mahkamah. 

Matlamat Lantikan Peguam

Kami membantu klien-klien mencapai objektif undang-undang seperti berikut:-

  • Menyelesaikan masalah pertikaian;
  • Mendapatkan gantirugi pampasan;
  • Mendapatkan pemulihan dan/atau perlindungan hak;
  • Membela klien-klien yang disaman;
  • Mendapatkan perintah larangan/injunksi; dan
  • Membela klien-klien bagi pertuduhan jenayah;
    • Mewakili klien dalam pengendalian kes;
    • Membuat mitigasi/pengurangan hukuman bersabit;
    • Memohon untuk jaminan;
    • Mewakili prosiding reman;
    • Menasihatkan tertuduh dan keluarga dari awal tangkapan;

Skop Gerak Kerja

Skop kami dalam usaha membantu klein-klien mencapai objektif perundangan adalah:- 

  • Memberikan nasihat berkenaan masalah undang-undang yang dihadapi;
  • Membantu klien-klien mendapatkan maklumat asas;
  • Memberikan arahpanduan perundangan;
  • Menyediakan dan menyerahkan notis pra-tindakan untuk penyelesaian damai;
  • Menyediakan kertas-kertas atau dokumen-dokumen Mahkamah;
  • Mewakili klien-klien di Mahkamah untuk mendapatkan arahan dan pemfailan dokumen;
  • Mengendalikan prosiding di Mahkamah; dan
  • Berhujah bagi pihak klien.

Keserasian Matlamat

Skop gerak kerja kami adalah tertakluk kepada jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien; dan kehendak klien sendiri.

Klien yang mahu haknya terpelihara dengan adanya dokumen-dokumen Mahkamah, maka kami mulakan tindakan perwakilan untuk mendapatkan perintah.

Ada klien hendak tuntut hutang tetapi tidak mahu saman kerana tidak mahu panjang-panjangkan masalah, jadi kami berunding untuk penyelesaian.

Bagi klien yang dikena saman atau dituduh di Mahkamah, kami membela sehingga pelupusan kes.

Bidang Amalan

Kami beramal secara terpilih dalam beberapa bidang tertumpu demi memastikan keberkesanan pengendalian kes berdasarkan infrastruktur dan pengalaman kami.

Bidangkuasa Sivil

Dalam usaha saman-menyaman (litigasi), kami mewakili pihak yang menyaman (Plaintif) dan juga pihak yang disaman (Defendan).

Undang-Undang Komersial

Remove notebook and pen from background
  • Pecah amanah
  • Penipuan/ kecurangan/ frod
  • Konspirasi untuk mencederakan
  • Tuntutan wang

Undang-Undang Fitnah

  • Libel, iaitu fitnah yang diterbitkan dan juga slander, fitnah yang diungkap secara lisan
  • Pembohongan berniat jahat
  • Seksyen 4 Akta Fitnah 1957 iaitu fitnah terhadap maruah wanita

Bidangkuasa Jenayah

Kami menumpukan kepada beberapa kes-kes jenayah yang terpilih sahaja sekiranya tertuduh ingin memohon bicara.

Jenayah Komersial

  • Pecah amanah, kesalahan yang boleh dihukum di bawah S.406
  • Penipuan/ kecurangan/ frod, S.415, S.417, S.418, S.420 Kanun Keseksaan

Jenayah Seksual

  • Rogol, S375, S376(1) Kanun Keseksaan
  • Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017, S.14, S.15

Bidangkuasa Perusahaan

Kami mewakili majikan atau pekerja dalam perkara-perkara berkaitan amalan industri dan hal ehwal pekerjaan.

Amalan Industri

  • Menasihati majikan hal perkara lebihan tenaga kerja, rombakan susunan kakitangan, pengurangan tenaga kerja
  • Menyediakan instrumen/dokumen bagi perjanjian antara majikan – pekerja
  • Mewakili majikan atau pekerja di peringkat Mahkamah Perusahaan bagi S.20 Akta Perhubungan Perusahaan 1976 iaitu pembuangan kerja secara tidak adil

Bidangkuasa Rayuan

Bagi kes-kes yang dinamakan di atas, kami juga menawarkan khidmat rayuan untuk klien-klien yang terkilan dengan keputusan Mahkamah dalam tindakan asal. 

Penilaian Kes

Sekiranya anda masih membaca dan mempunyai pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di 011-10807349 atau tekan pautan ini https://wa.me/601110807349

Kalau anda mempunyai masalah yang sepadan dengan bidang amalan kami, anda boleh dapatkan penilaian awalan kes dengan kami tanpa sebarang caj. Kami anggap ini fardhu kifayah.

Untuk penilaian awalan kes, sila gayakan pertanyaan anda seperti berikut:-

“Salam, saya [nama] nak bertanya sedikit tentang [masalah].

[Masalah]

  • Apa yang berlaku secara ringkas
  • Bila berlaku
  • Status terkini
  • Sekiranya ada tarikh mahkamah/surat saman”

Kami akan menjawab pertanyaan anda segera mungkin.

Panduan Undang-Undang

Sebagai panduan umum kepada proses keadilan dan fungsi mahkamah, kami telah menulis perkongsian maklumat untuk anda baca berkenaan prosedur.

Tekan sini untuk ke laman sumber.