Dituduh dengan Jenayah Rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan?
Berdepan dengan Kes Rogol
Ramai percaya bahawa mereka boleh menerangkan segala-galanya sendiri kepada pihak polis ataupun Mahkamah.
Kami faham situasi sebegini.
Kali pertama tertuduh melalui proses kehakiman tanpa panduan, sudah tentu tertuduh berfikiran bahawa beliau boleh menerangkan segalanya supaya kerjasama yang diberikan akan menjamin keselematannya.
Namun, ini adalah suatu kesilapan kerana orang ramai tidak mengetahui prinsip undang-undang dan fakta-fakta penting yang membolehkan suatu sabitan dijatuhkan hukum.
Hal ini demikian kerana kes-kes rogol adalah kompleks dan perlu dianalisa dengan berdikari.
Pertuduhan yang Berat
Anda mungkin telah ditangkap, disiasat atau dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk kesalahan jenayah rogol.
Fahami bahawa kesan sabitan kepada jenayah rogol akan menyebabkan anda dipenjarakan dengan satu tempoh yang panjang dan dikenakan sebatan.
Malah, sabitan jenayah rogol ini juga akan menyebabkan anda terpalit dengan rekod jenayah sehinggakan mencemarkan reputasi anda dalam kalangan masyarakat.
Kategori Jenayah Rogol
Orang ramai menganggap rogol ini adalah keadaan bilamana seorang wanita itu diperkosa dengan kejam di lorong-lorong gelap melalui kekerasan.
Hakikatnya, rogol itu didefinisikan sebagai suatu keadaan kemasukan zakar ke dalam faraj tanpa kerelaan.
Sekiranya wanita itu kanak-kanak di bawah usia 16 tahun, rela atau tidak, ianya tetap rogol.
Siasatan Polis dan Kes Pendakwaan
Dalam usaha pihak polis menyiasat suatu dakwaan rogol, rakaman percakapan mangsa, pengadu dan tertuduh akan menjadi tunjang kepada pendedahan bahan bukti.
Pihak polis akan mencari bukti-bukti untuk membina kes yang kuat bahawa tertuduh sebenar-benarnya melakukan kesalahan rogol, yakni kemasukan zakar ke dalam faraj tanpa kerelaan.
Kebiasaannya, bukti-bukti yang menyokong pertuduhan rogol ini adalah seperti berikut:-
- Laporan DNA;
- Laporan Kawad Cam;
- Laporan Medikal Mangsa;
- Keterangan Doktor mengenai kemaluan/hymen mangsa;
- Keterangan Mangsa/Pengadu;
- Video rakaman/CCTV;
- Gambarajah Kejadian;
- Resit hotel;
- Barang kes;
- Saksi-saksi lain yang relevan.
Dalam erti kata lain, mangsa, PDRM, Hospital, Jabatan Kimia, dan receptionist hotel berganding bahu untuk membuktikan bahawa anda sememangnya melakukan perbuatan merogol.
Pertuduhan bukanlah Sabitan
Tiada satu pertuduhan rogol yang sama. Tiap-tiap kes ada ceritanya yang tersendiri.
Dalam menangkis pertuduhan, tertuduh hendaklah mencabar keterangan pihak pendakwaan bahawa zakarnya tidak pernah memasuki faraj mangsa, dan sebaliknya, hubungan kelamin yang dilakukan adalah dengan kerelaan.
Dalam kes sebegini, umumnya isu identifikasi, isu penetrasi, dan isu kerelaan merupakan persoalan yang sering berbangkit;-
- Betulkah anda yang merupakan pelaku?
- Betulkah kemaluan anda memasuki faraj mangsa?
- Betulkah mangsa tidak rela?
Oleh itu, tertuduh hendaklah mencabar keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan kerana sabitan hukum akan bergantung kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan dan sokongan bukti-bukti.
Sebagai contoh kajian kes, dalam satu kes yang kami kendalikan bagi pertuduhan rogol bawah umur, kami berjaya mencabar keterangan mangsa sebagai tidak konsisten dengan bukti-bukti lain.
Laporan perubatan tidak memihak kepada penceritaan mangsa, penemuan DNA yang tidak konklusif, dan fakta bahawa mangsa mempunyai kehidupan seks aktif.
Malah, ibu mangsa selaku pengadu mempunyai motif untuk menutup aib keluarga. Berdasarkan kesemua ini, maka tertuduh tidak tersabit dengan pertuduhan rogol itu.
Apa pembelaan anda?
Sekiranya anda masih membaca, barangkali anda runsing, takut dan gelisah memikirkan masa depan anda dalam menghadapi pertuduhan jenayah rogol.
Mungkin anda telah mendapat arahan Mahkamah untuk status lantikan peguam.
Apa pun keadaan, kami pasti anda masih lagi mencari maklumat-maklumat atau pun bahan bacaan bagi pembelaan pertuduhan jenayah rogol.
Hubungi kami untuk bincangkan situasi anda.
Objektifnya adalah untuk kami memahami situasi anda dengan menyeluruh dan untuk anda faham kedudukan anda.
Anda bercerita, kami akan bertanyakan soalan-soalan susulan.
Kami akan menerangkan prosedur-prosedur yang anda bakal hadapi.
Kita akan berbincang berkenaan kes anda dan kami akan memberikan nasihat undang-undang yang berpadanan dengan kes anda.
Langkah Seterusnya
WhatsApp kami di talian 011-10807349 (klik sini)
Anda boleh tulis seperti ini:-
“Salam, saya [nama] nak bertanya sedikit tentang kes saya.
- Apa yang berlaku secara ringkas
- Bila berlaku
- Status terkini
- Sekiranya ada tarikh mahkamah”
Kami akan menjawab pertanyaan anda dan selanjutnya dari situ menjadualkan satu sesi konsultasi melalui telefon.
